Selasa, Agustus 19, 2008

Seorang manusia yang bernama Harun Yahya

Pengarang, yang menulis di bawah nama pena HARUN YAHYA, telah dilahirkan di Ankara pada tahun 1956. Telah menamatkan pendidikan rendah dan menengahnya di Ankara. Beliau kemudian mengikuti pengajian Seni di Universiti Mimar Sinan di Istanbul. sejak tahun 1980-an, beliau telah menerbitkan banyak buku-buku berkaitan isu-isupolitik, keimanan dan saintifik. Harun Yahya adalah seorang penulis yang amat dikenali sebagai seorang yang banyak menulis tentang penipuan golongan evolusionis, pembatalan dakwaan mereka dan hubungan antara Darwinisme dan beberapa ideologi berdarah.

Nama penanya berasal dari nama dua Nabi "Harun" dan "Yahya" a.s yang masyhur dalam usaha memerangi kekufuran. Cop nama Nabi Muhammad di setiap muka depan buku-buku karangan beliau mempunyai pengertian simbolik yang berkaitan dengan kandungan isi buku. Cop ini menunjukkan bahawa al-Quran adalah kitab dan wahyu tuhan yang terakhir, dan Nabi Muhammad adalah utusanNya yang terakhir. Dengan mengambil ciri-ciri Quran dan Nabi Muhammad, penulis berusaha dalam semua hasil karyanya, untuk menolak semua dakwaan-dakwaan mengenai sistem-sistem yang kufur dengan mengutarakan "kalimat terakhir' ini yang akan melenyapkan semua dakwaan kekufuran. Cop nama Nabi Muhammad yang mempunyai kemuliaan dan hikmah yang besar, digunakan sebagai satu ibadat dengan niat menyebut 'kalimah akhir' ini.

Semua hasil kerja Harun Yahya mempunyai satu matlamat utama: untuk menyampaikan mesej Al-Qur'an kepada umat manusia, sekaligus menggalakkan mereka untuk memikirkan mengenai isu-isu keimanan, seperti kewujudan, keesaan Tuhan dan Hari Kemudian, dan untuk menunjukkan asas yang lemah dan usaha yang sesat sistem-sistem tanpa ketuhanan.

Harun Yahya mendapat golongan pembaca dikebanyakan negara, dari India ke Amerika, Britain ke Indonesia, Poland ke Bosnia, Sepanyol ke Brazil.

Beberapa buah bukunya disediakan di dalam bahasa Inggeris, Perancis, German, Itali, Portugis, Urdu, Arab, Albania, Russia, Serbia-Croatia (Bosnia), Turki uygur dan Indonesia, dan juga dibaca oleh para pembaca di seluruh dunia.

Mendapat penghargaan yang tinggi di seluruh dunia, hasil kerja ini telah menjadi instrumen oleh kebanyakan orang dalam usaha menanam kepercayaan kepada Tuhan dan memperhatikan sebaiknya keimanan mereka. Uslub hikmah, ikhlas dan mudah difahami yang digunakan menjadikan buku-buku ini sentuhan yang berbeza yang secara langsung memberangsangkan setiap orang yang membacanya dan mengkajinya. Kebal terhadap bantahan, buku-buku ini dilengkapi dengan ciri-ciri umum yang sangat berkesan, hasil yang jelas da tidak mampu disangkal. Ianya akan mencabut kepercayaan materialistik, ateis dan sebarang falsafah atau ideologi yang sesat bagi sesiapa yang memberikan tumpuan yang serius dan memikirkannya isi kandungannya dengan telus. Sekalipun mereka berkeras untuk mempertahankan anutan mereka, ianya ketika itu hanyalah sekadar satu kedegilan bersifat sentimen kerana hasil kerja ini telahpun menolak semua ideologi-ideologi itu dasar paling asas baginya.

Semua pergerakan kontemporari hari ini yang berkonsepkan penafian agama secara ideologinya telah ditewaskan, terima kasih kepada koleksi hasil kerja Harun Yahya.

Ianya suatu yang amat diyakini bahawa semua ciri-ciri ini adalah terhasil dari kebijaksanaan dan kejelasan Al-Qur'an. Pengarang sudah tentu tidak berbangga kepada usahanya sendiri; dia hanyalah sekadar berniat untuk berkhidmat sebagai satu cara pencarian kebenaran oleh seseorang terhadap jalan Tuhan yang benar. Bahkan, tiada sedikit pun keuntungan material yang dikaut dari penerbitan semua buku-buku ini.

Dengan mempertimbangkan semua fakta ini, bagi sesiapa yang menggalakkan orang ramai untuk membaca buku-buku ini, yang membuka mata hari dan memandu mereka untuk menjadi hamba Allah yang patuh, insya Allah mendapat ganjaran yang tidak ternilai.

Masa yang sama, ianya hanya suatu yang membuang masa dan tenaga untuk mempromosikan buku-buku yang mencipta kekeliruan di minda manusia, yang membawa manusia ke dalam pergolakan ideologi, dan yang mana, secara jelas tidak berupaya dan berkesan mengalihkan keraguan di hati manusia, seperti yang diperhatikan dari pengalaman terdahulu. Ianya timbul jelas bahawa adalah mustahil bagi buku-buku untuk menekankan kekuatan penulisan pengarang berbanding matlamat yang mulia untuk menyelamatkan manusia dari hilang keimanan, yang mempunyai kesan paling besar. Bagi orang yang meragukan hal ini dapat melihat matlamat utama hasil karya Harun Yahya adalah untuk menolak orang yang tidak beriman dan untuk menyebarkan nilai-nilai Qur'anik. Kejayaan, impak dan keikhlasan yang dicapai dalam perjuangan ini dimanisfestasikan di dalam keyakinan para pembaca.

Satu perkara yang harus diingat: Sebab utama kekejaman dan peperangan yang berterusan dan pengalaman ngeri yang dialami oleh umat islam adalah kelaziman ideologi golongan kafir. Semua ini hanya akan berakhir dengan menumpaskan ideologi mereka dan dengan memastikan bahawa setiap umat manusia mengetahui keajaiban penciptaan dan nilai etika Qur'anik, dan dengan itu manusia akan hidup di dalamnya. Melihat suasana dunia hari ini, yang memaksa manusia ke dalam pusaran keganasan, korupsi dan peperangan, ianya jelas bahawa perjuangan ini harus digerakkan dengan lebih cepat dan lebih berkesan, sekiranya tidak, ianya mungkin cukup terlambat.

Bukanlah sebagai satu pengagungan untuk mengatakan bahawa koleksi hasil karya Harun Yahya ini dianggap sebagai perintis kepada usaha ini. Insya Allah, Buku-buku ini akan menjadi suatu cara untuk manusia di abad ke 21 ini mendapat keamanan dan kebahagiaan, keadilan dan kegembiraan yang dijanjikan di dalam Al-Qur'an.

Antara hasil Karya beliau :Gerakan Neo-Mason,'Tangan Rahsia' di Bosnia, Di Sebalik Drama Terorisme, Kad-Kurdis Israel, Strategi Nasional Bagi Negara Turki, Moral Quranik: satu Solusi, Rimbunan Dan Naungan Islam, Komunisme: diserang hendap, Ideologi Berdarah Darwinisme: Fasisme, Kebencian Darwin Terhadap Bangsa Turki, Kehancuran dibawa Oleh Darwinisme kepada manusia, Penipuan Evolusi, Artikel 1-2-3, Senjata Syaitan: Romantisme, Blok-Blok Barat Mengakui Ketuhanan, Bangsa Yang Dihancurkan, Kisah Nabi Musa, Kisah Nabi Yusuf, Zaman Keemasan, Sentuhan Seni Warna Tuhan, KebesaranNya di Setiap Ruang Semesta, Hakikat Kehidupan Dalam Dunia, Pengakuan Golongan Evolusionis, Jawapan Untuk Golongan Evolusionis, Pembohongan Proses Evolusi, Sihir Darwinisme, Agama Darwinisme, Kehancuran Teori Evolusi Dalam 20 Soalan, Al-Qur'an Panduan Kepada Bidang Sains, Hakikat Asal Usul Kehidupan , Hakikat Penciptaan Alam Semesta, Keajaiban Al-Quran, Jiwa Yang Sedar Di Dalam Sel, Satu Petikan Irama Keajaiban, Rekacipta Di Dalam Alam, Tabiat Pengorbanan Diri dan Kepintaran Dalam Dunia Haiwan, Satu Keabadian Telah Bermula, Anak-Anak Darwin Telah Berbohong!, Saat Berakhirnya Darwinisme, Memikir Sedalam-dalamnya, Keabadian dan Hakikat Takdir, Menyelami Hakikat Kebenaran, Kejahilan Bukan Alasan, Rahsia tentang DNA, Keajaiban Atom, Keajaiban Sel, Keajaiban Sistem Keimunan, Keajaiban Mata, Keajaiban Penciptaan Tumbuhan, Keajaiban Labah-Labah, Keajaiban Semut, Keajaiban Nyamuk, Keajaiban Lebah, Keajaiban Biji Benih, Keajaiban Anai-Anai, Keajaiban Hijau: Fotosintesis, Keajaiban Hormon, Keajaiban Manusia, Keajaiban Penciptaan Manusia, Keajaiban Protein

Buku kanak-kanak: Anak-Anak Darwin Telah Berbohong!, Alam Binatang, Kehebatan Di Langit, Dunia Sahabat Kerdil Kita: Semut, Hasil Kerja Yang Sempurna: Sarang Lebah, Pembina Empangan yang Mahir; Memerang.)

Diantara buku-kecil yang dihasilkan: Misteri Mengenai Atom, Kehancuran Teori Evolusi; Fakta Mengenai Hakikat Penciptaan, Kehancuran Materialisme, Saat Berakhirnya Materialisme, Kesilapan Besar Golongan Evolusionis 1, Kesilapan Besar Golongan Evolusionis 2, Kehancuran Konsep Mikrobiologi Teori Evolusi, Fakta Mengenai Hakikat Penciptaan, Kehancuran Teori Evolusi dalam 20 Soalan, Penipuan Paling Besar dalam Sejarah Bidang Biologi: Darwinisme.

Hasil Karya beliau berkaitan dengan subjek Quranik termasuk: Konsep Asas Dalam Al-Quran, NIlai-Nilai Etika dalam Al-Quran, Menggarap Iman dengan Cepat 1-2-3, Pernah Memikir Mengenai Kebenaran?, Pemahaman Kasar Orang yang Tidak beriman, Taat Kepada Allah, Meninggalkan Masyarakat Jahiliyyah, Destinasi Sebenar Mukmin: Syurga, Ilmu pengetahuan Al-Quran, Senarai Al-Quran, Hijrah Kerana Allah, Sifat Orang Munafik Menurut Quran, Rahsia Orang Munafik, Nama-Nama Allah, Komunikasi untuk Dakwah dan Golongan Menolak Al-Quran, Jawapan-Jawapan Dari Al-Quran, Kebangkitan dan Neraka, Jihad para Nabi, Musuh No;1 Manusia: Syaitan, Doa-Doa di Dalam Al-Quran, Kepentingan Celik Al-Quran, HAri Kebangkitan, Jangan Sekali Terlupa, Hukum Al-Quran Yang dilupakan, Kemanusiaan Dalam Masyarkat Jahiliyyah, Kepentingan Sabar dalam Quran, Maklumat Umum Dalam Al-Quran, Keimanan yang Matang, Sebelum Diulit Penyesalan, NAbi kita Bersabda, Kasih Sayang Orang Mukmin, Takut Kepada Allah, Igauan Buruk Orang kafir, Kembalinya Nabi Isa a.s, Keindahan Kehidupan Berteraskan Al-Quran, Sejambak Keindahan Ciptaan Allah S.W.T 1-2-3-4, Kezaliman Orang yang Mencemuh, Misteri Penurunan Ujian, Kebijaksanaan Menurut Al-Quran, Perjuangan Melawan Agama: Ateis, Metode Pendidikan Nabi Yusuf, Ikatan-Ikatan Kebaikan, Fitnah Yang Ditaburkan Keatas Muslimin sepanjang Sejarah, Peri-Penting Mematuhi Kata-Kata yang Baik, Kenapa Menipu Diri Sendiri?, Islam: Agama Yang Mudah, Semangat dan Tarikan Di Dalam Al-Quran, Melihat Secara Positif, Bentuk Penafsiran ALquran Oleh Golongan Cetek Akal?, Beberapa Rahsia Besar Al-Quran, Galakan Untuk Muslimin, Meninggikan Harapan di Dalam Al-Quran, Keadilan dan Toleransi di Dalam Al-Quran, Rukun Asas Islam, Orang Yang degil Terhadap Al-Quran.

Tidak ada komentar:

Assalamualaikum. Wr.Wb.

Selamat datang di Blog aq yang baru aja dibuat, semoga bisa kasih masukan ato saran n tambahan, tentunya untuk perbaikan yang selanjutnya, thx