Kamis, Agustus 21, 2008

FAKTA DARI KAJIAN ANGKASA (ASTRONOMI)

Allah subhanahuwata’ala menerangkan kepada kita hambanya bahawa kitab sucinya Al-Qur’an diturunkan sebagai peringatan kepada seluruh alam.

Allah subhanahuwata’ala berfirman (maksud):

“Al-Qur’an tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk seluruh alam. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kebenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama lagi.” [Surah Saad, 38: ayat 87-88].

Justeru, Al-Qur’an ialah satu peringatan kepada semua manusia sehinggalah ke Hari Kiamat. Ia mengandungi maklumat yang manusia akan kaji dan temui bila sampai masanya. Al-Qur’an diturunkan daripada ilmu Allah subhanahuwata’ala sendiri dan setiap ayat-ayatnya diturunkan dengan pengetahuan Allah subhanahuwata’ala, sebagaimana yang Allah subhanahuwata’ala firmankan (maksud):

“...Tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Qur’an yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya...” [Surah An-Nisaa’, 4: ayat 166]

Setiap ayat mengandungi ilmu yang benar. Manakala manusia pula sentiasa maju dalam bidang ilmu. Apabila berjaya meningkatkan ilmu sains ke tahap yang lebih tinggi, manusia berupaya pula memecahkan rahsia ilmu yang terkandung di dalam ayat-ayat Al-Qur’an itu. Justeru setelah mengetahui ayat ini diturunkan Allah, dengan peningkatan tahap kemajuan, manusia akan berupaya menemui jawapan yang membolehkan mereka memahami ayat lain, dan ayat seterusnya. Dengan cara ini manusia berterusan dapat memahami lebih banyak ayat-ayat lagi. Inilah kehebatan Al-Qur’an.

Profesor Armstrong berkerja di NASA, atau 'The National Aeronautics and Space Administration' (Badan Kebangsaan Mengenai Kajiangkasa dan Angkasa). Beliau seorang saintis yang terkenal di situ. Kami bertemu beliau dan bertanya beberapa soalan mengenai ayat-ayat Al-Qur’an yang berkaitan kaji-angkasa. Kami bertanya beliau mengenai besi dan bagaimana ia dibentuk. Beliau menerangkan bagaimana semua bahan-bahan di bumi dibentuk. Menurut beliau, ahli-ahli sains baharu sahaja menemui fakta-fakta mengenai proses pembentukan itu. Katanya seluruh tenaga dalam sistem matahari masih tidak mencukupi untuk membentuk satu atom besi.



Kelompok bintang Eagle

Gambarajah 13



Untuk membentuk satu atom besi, tenaga bersamaan 4 kali keseluruhan tenaga daripada sistem matahari diperlukan. Dengan kata lain, seluruh tenaga-tenaga daripada bumi, bulan, atau planet Marikh atau planet-planet lain masih belum cukup untuk membentuk satu atom besi yang baru. Malahan gabungan keseluruhan tenaga dalam sistem matahari juga tidak mencukupi untuk tujuan itu. Justeru, Profesor Amrstrong berkata ahli-ahli sains percaya bahawa besi ialah bahan dari langit yang dihantar ke bumi dan bukannya berasal dari bumi. Kita baca di dalam Al-Qur’an ayat yang bermaksud:

“Dan kami telah menurunkan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia” [Surah Al-Hadid, 57: Ayat 25]

Nota: Perkataan ‘wa an-zalnal hadid’ di tafsirkan sebagai "Dan kami turunkan besi" di dalam terjemahan berbahasa Inggeris Yusuf Ali. Manakala Tafsir ar-Rahman menterjemahkannya sebagai ‘Dan Kami telah menciptakan besi’ - pent.

Kemudian kami bertanya beliau samada angkasa mempunyai sebarang rekahan atau keretakan di dalamnya. Beliau menafikannya dan menjawab apa yang kami bincangkan dinyatakan dalam satu cabang kaji-angkasa dipanggil 'Intergrated Cosmos' (Angkasaraya Yang Berangkai) yang hanya ditemui ahli sains beberapa tahun kebelakangan ini sahaja. Contohnya, jika suatu badan di angkasa lepas bergerak dalam satu arah dan kemudian bergerak dalam jarak yang sama dari arah yang lain, anda akan temui bahawa beratnya sama dalam semua arah. Disebabkan badan mempunyai keseimbangan tersendiri, tekanan dari sebarang arah adalah sama. Tanpa keseimbangan ini, angkasaraya akan runtuh dan berkecai. Saya ingat satu firman Allah subhanahuwata’ala bermaksud:

“(Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami memperhiasinya (dengan bintang-bintang), dan dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang?” [Surah Qaaf, 50: ayat 6].

Kemudian kami berbincang dengan Profesor Armstrong mengenai percubaan ahli-ahli sains untuk sampai ke tepi atau penghujung angkasaraya, dan kami bertanya beliau jika mereka telah berjaya melakukannya. Beliau menjawab mereka berada dalam keadaan yang amat sukar untuk sampai ke penghujung angkasaraya. Kami membina peralatan yang lebih berkuasa untuk memerhatikan angkasaraya hanya untuk menjumpai bahawa bintang-bintang baru yang kami temui masih berada di dalam galaksi sendiri dan kami belum lagi sampai ke penghujung angkasaraya. Beliau menyedari keujudan ayat Al-Qur’an bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang” [Surah Al-Mulk, 67: ayat 5]

Memang benar, semua bintang-bintang itu adalah perhiasan di langit terendah. Beliau berkata bahawa ahli-ahil sains belum sampai ke penghujung angkasaraya. Profesor Armstrong menambah, oleh kerana inilah mereka memikirkan untuk meletakkan lebih banyak teleskop di luar angkasa (outer space) supaya pemerhatian mereka tidak diganggu oleh 'habuk' dan bahan-bahan atmosfera yang lain. Teleskop biasa yang berasaskan cahaya tidak berupaya melihat terlalu jauh, jadi kami gantikan dengan teleskop berasaskan radio yang membolehkan kami melihat lebih jauh. Walaubagaimanapun, kami masih tidak berjaya melepasi sempadan angkasaraya. Kami bentangkan kepadanya satu ayat bermaksud:

“….(jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan (mu)- dapatkah engkau melihat kecacatan? Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandangan (mu) itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula kerkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).” [Surah Al-Mulk, 67: ayat 3-4].

Setiap kali Profesor Armstrong memberitahu kami apa-apa fakta sains, kami bentangkan kepadanya ayat-ayat berkaitan yang beliau akui. Kemudian kami katakan padanya:

"Tuan telah melihat dan menemui sendiri penemuan kaji-angkasa moden dengan menggunakan peralatan moden, roket-roket, dan kapal angkasa yang dibina manusia. Tuan juga melihat bagaimana fakta yang sama telah pun dinyatakan oleh Al-Qur’an 14 kurun yang lalu. Justeru, apa pendapat tuan mengenai perkara ini?"

Jawab beliau: "Itu satu soalan yang amat rumit yang saya telah mula fikirkan sejak kita mula berbincang disini. Saya merasa takjub bagaimana tulisan lama (ayat-ayat Al-Qur’an) ini serasi dengan penemuan kaji-angkasa terkini dan moden. Saya bukanlah seorang cendikiawan yang cukup ilmu mengenai sejarah kemanusian untuk memberi pendapat lengkap mengenai suatu keadaan yang telah ujud sejak 1400 tahun dahulu.

Semestinya, saya berpendirian apa yang kita saksikan suatu yang menakjubkan, ia mungkin membuktikan atau mungkin tidak membuktikan penemuan sains. Mungkin ada suatu yang mengatasi apa yang kita faham sebagai pengalaman manusia biasa berkaitan tulisan (ayat-ayat Al-Qur’an) yang kita lihat ini. Tidak menjadi niat saya atau tidak menjadi tanggungjawab saya pada saat ini untuk memberikan jawapan kepada soalan itu. Saya telah memberikan banyak ulasan tanpa menyatakan secara khusus apa yang anda mahu saya katakan, tapi saya rasa menjadi tugas saya sebagai ahli sains untuk bersikap berkecuali dalam soalan tertentu dan saya fikir inilah sebabnya saya lebih baik berhenti daripada memberikan jawapan lengkap seperti yang anda mahukan.

Benar, amat sukar untuk membayangkan ilmu yang diturunkan dalam Kitabullah 1400 tahun dahulu boleh diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. daripada suatu sumber manusia. Semestinya ada sumber lain dari mana ahli-ahli sains menimba ilmu mereka, kerana hanya Allah subhanahuwata’ala maha mengetahui rahsia mengenai langit dan bumi. Sebagaimana yang kita lihat dan dengar daripada beberapa perjumpaan dengan ahli-ahli sains, kita sedang berada di ambang era baru.

Era ini adalah zaman di mana ugama dan sains boleh duduk bersama-sama, ugama yang benar dan sains yang benar. Justeru, tiada percanggahan langsung diantara keduanya, juga tidak ujud pertelagahan antara keduanya. Inilah kesimpulan yang dicapai oleh cedikiawan Islam sejak zaman berzaman. Iaitu, tidak mungkin suatu fakta sains yang sahih boleh bercanggah dengan kebenaran yang diturunkan dari langit. Jika mereka berkata kita berada di zaman angkasa, itu sememangnya betul, ianya satu zaman dimana ilmu sains dan ugama boleh bersetuju diantara satu sama lain. Namun ini hanya mungkin berlaku diantara pengetahuan sebenar dan ugama Islam, yang Allah subahanahuwata’la jaga daripada diubah dan dipalsukan.




sumber:islamic-ebook.com

Tidak ada komentar:

Assalamualaikum. Wr.Wb.

Selamat datang di Blog aq yang baru aja dibuat, semoga bisa kasih masukan ato saran n tambahan, tentunya untuk perbaikan yang selanjutnya, thx