Kamis, Agustus 21, 2008

CAHAYA KEBENARAN


APA ERTINYA KEHIDUPAN? Keujudan manusia di dunia ini dan penciptaan seluruh alam tidak berlaku secara kebetulan atau terhasil dari alam semulajadi. Alam ini, setiap atom daripadanya, membuktikan dan memandu kita kepada penemuan Pencipta Yang Maha Pengasih, Penyayang, dan Maha Berkuasa. Tanpa Pencipta, tiada yang boleh ujud. Setiap yang bernyawa sedar bahawa dia ujud dan keujudannya bergantung kepada Pencipta kerana dia tahu dia tidak mampu mencipta dirinya sendiri. Justeru, menjadi tugasnya untuk mengenali penguasanya, Penciptanya.

MANUSIA: Manusia adalah mahkluk yang unik. Tuhan berkehendakkan manusia menjadi wakilNya atau khalifahNya untuk menguasai makhluk-makhluk lain di dunia. Dia dianugerahkan akal-fikiran yang membezakannya daripada binatang lain. Bersama akal-fikiran yang memampukannya berfikir dan membuat keputusan, manusia juga diberikan kebebasan untuk memilih suatu cara hidup yang sesuai dengan kedudukannya sebagai wakil Tuhan atau menjatuhkan statusnya lebih hina daripada binatang atau mahluk-makhluk lain. Manusia dilahirkan suci dan tanpa dosa dan diberikan pilihan samada mahu melakukan kebaikan atau dosa.

BIMBINGAN TUHAN: Disebabkan Kasih dan SayangNya kepada manusia, Pencipta telah tidak membiarkan kita di dalam kegelapan dalam mencari jalan yang lurus. Berbekalkan keupayaan kita berfikir, Pencipta kita mengurniakan BimbinganNya yang menjadi asas kepada kebenaran, ilmu, dan juga hakikat keujudan kita di dunia dan di akhirat.

WAHYU: Sejak permulaan sejarah manusia, Pencipta kita telah menghantar nabi-nabi yang membawa WahyuNya dan mengajak manusia menuju kesejahteraan sebenar dan pengabdian kepada Tuhan Yang Satu. Inilah Islam. Mesej ini disebarkan dari generasi ke generasi manusia melalui nabi-nabi yang berlainan yang kesemuanya menyeru manusia menuju jalan yang sama. Walaubagaimanapun, mesej-mesej terdahulu kesemuanya telah diubah dan dirosakkan oleh generasi selepas mereka.

Disebabkan perubahan itu, Wahyu dari Pencipta kita telah dicemari dan ditokok-tambah dengan mitos, kepercayaan karut, penyembahan berhala, dan ideology falsafah yang tidak masuk akal. Agama Tuhan telah lenyap diselubungi agama-agama yang terhasil dari perubahan itu. Sejarah manusia membuktikan perubahan demi perubahan manusia antara cahaya dan kegelapan. Namun, demi KasihNya kepada manusia, Tuhan tidak melupakan kita.

WAHYU TERAKHIR: Apabila manusia berada di lubuk Dunia Gelap, Pencipta kita telah mengutuskan PesuruhNya Yang Terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyelamatkan manusia dengan wahyu terakhir yang menjadi bimbingan yang kekal dan terakhir untuk seluruh dunia.

CIRI-CIRI SUATU KEBENARAN: Ciri-ciri berikut boleh dijadikan kayu ukur untuk membolehkan kita mengetahui keaslian wahyu terakhir (Al-Qur’an) merupakan firman-firman Tuhan:

1. Didikan Yang Rasional: Memandangkan Pencipta kita mengurniakan akal-fikiran kepada kita, maka kita perlu menggunakan akal untuk membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Wahyu tuhan yang sebenar semestinya rasional dan mampu diterima oleh akal-fikiran yang waras.

2. Kesempurnaan: Memandangkan Pencipta kita Maha Sempurna, wahyuNya juga mestilah sempurna dan tepat, bebas dari kesilapan, kekurangan, dan versi-versi yang pelbagai. Ia mesti bebas daripada percanggahan dalam ayat-ayatnya.

3. Bebas Daripada Mitos dan Kepercayaan Karut: Wahyu sebenar mesti bebas daripada mitos-mitos atau kepercayaan-kepercayaan karut yang menghinakan Pencipta kita mahupun kita sendiri.

4. Saintifik: Memandangkan Pencipta kita ialah Maha Pencipta kepada semua ilmu, wahyu sebenar perlu bersifat saintifik dan boleh mengatasi cabaran sains di setiap zaman.

5. Apa Yang DifirmankanNya Pasti Berlaku: Pencipta kita Maha Mengetahui mengenai masa lalu, kini, dan akan datang. Justeru, apa yang difirmankanNya akan berlaku sebagaimana difirmankanNya.

6. Tidak Dapat Ditiru Manusia: Wahyu sebenar adalah sempurna dan tidak boleh ditiru oleh sebarang manusia. Wahyu Tuhan sebenar adalah mukjizat yang sentiasa hidup, suatu buku yang sentiasa mencabar semua manusia melihat dan membuktikannya sendiri.


Sumber:www.islamic-ebook.com

Tidak ada komentar:

Assalamualaikum. Wr.Wb.

Selamat datang di Blog aq yang baru aja dibuat, semoga bisa kasih masukan ato saran n tambahan, tentunya untuk perbaikan yang selanjutnya, thx