Jumat, September 19, 2008

“RASULULLAH SAW pernah bersabda kepada Aisyah r.a., “Jika engkau melakukan
dosa dan bukan merupakan kebiasaan, maka mohonlah ampun kepada Allah dan
bertaubat kepada-Nya, kerana apabila seorang hamba mengakui dosanya,
kemudian dia bertaubat kepada Allah, nescaya Allah akan mengampuni
dosanya.”


(HR. Bukhari, Muslim dan Ahmad).


Wahai saudaraku kaum Muslimin! Bertaubatlah kepada Allah adalah merupakan
jalan yang dilalui oleh wanita Muslimah untuk sampai kepada Tuhannya, serta
akan menambah keuntungannya di akhirat, Tidak ada yang dapat memberikan
keuntungan bagi orang-orang yang beruntung pada han akhirat kecuali hanya
taubat yang sungguh-sungguh, yang padanya terkandung keikhlasan kepada
Allah semata dan dengan cara menjauhi apa-apa yang tidak disukai-Nya.


Taubat itu adalah merupakan ubat yang dapat dipereleh bagi setiap orang
yang terkena penyakit jiwa dan perbuatan-perbuatan yang buruk. Sedangkan
makna taubat menurut pengertian bahasa ialah kembali”. Maksudnya ialah
kembali taat kepada Allah SWT setelah sebelumnya durhaka kepada-Nya.


Wahai saudaraku kaum Muslimah! Perhatikanlah ayat-ayat Al Quran yang
menyerumu supaya bertaubat. Firman Allah:


“Katakanlah wahai hamba-hamba- Ku yang melampaui batas, janganlah kamu
berputus asa dan rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengam pun
lagi Maha Pen yayang.”


(As-Zumar: 53)


“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan
taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-
kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai.”


(At-Tahrim: 8)


“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang
beriman, supaya kamu berjaya.”


(An-Nur: 31)


“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau
menganiaya din sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun
akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa
melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang
mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan
akibatnya).”


“Orang-orang yang demikian szfatnya, balasannya ialah keampunan dan Tuhan
mereka, dan syurga-syurga yang rnengalir dibawahnya beberapa sungai, mereka
kekal didalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan bagi
orang-orang yang beramal.”


(AI-Imran: 135-136).


Bertaubat kerana dosa dan kesalahan termasuk sesuatu yang harus dilakukan
secara langsung dan terus menerus, sama ada dosa yang dilakukan itu kecil
mahupun besar. Kerana telah diturunkan kepada kita wahyu yang jelas
maknanya, yang menganjurkan perbuatan in Sebagaimana Firman-Nya lagi:


“Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu dan
memperbaiki din, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya.”


(Al Mqidah: 39)


Setelah kita memperhatikan firman Allah, marilah pula kita perhatikan
hadis-hadis Nabi, yang menyeru kita supaya kembali ke jalan Allah.


Diriwayatkan dan Abu Hurairah, dia berkata,:


“Rasulullah SAW bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya aku benar-benar memohon
am pun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya lebih dan 70 kali dalam satu
hari.”


(HR. Bukhari).


Dan Al-Aghar bin Yassar, dia berkata, “Rasulullah SAW bersabda:


“Hai manusia bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampunan-Nya, kerana
aku juga bertaubat seban yak seratus kali dalam satu hari.”


(HR. Muslim).


Kalaulah kita ingin memperhatikan pada diri Rasulullah SAW yang makshum
itu, yang dosa-dosanya pada masa lalu dan yang akan datang telah diampuni
oleh Allah, namun meskipun begitu beliau tetap memohon ampun dan bertaubat
kepada-Nya sebanyak seratus kali dalam satu hari. Perkara ini memberikan
pengertian kepada kita bahawa pentingnya taubat dalam kehidupan
sehari-hari.


Wahai saudaraku kaum Muslimin! Sebenarnya hak-hak Allah terlalu agung jika
kita harus melaksanakannya. Lalu bagaimanakah caranya supaya kita
mendapatkan keredhaanNya?


Mari kita perhatikan ucapan dan seorang ulama’ yang terkenal iaitu Thaniq
bin Habib, katanya: “Sesungguhnya hak—hak Allah terlalu agung jika harus
dilaksanakan oleh manusia. Namun mereka harus tetap bertaubat pada waktu
pagi dan petang hari.”


Wahai Ukhti Muslimah! Sesungguhnya taubat yang dapat mengubati dosa dan
menghilangkan pengaruhnya, ialah taubat yang seikhlas-ikhlasnya. Sedangkan
yang dimaksud dengan taubat yang seikhlas-ikhlasnya didalamnya terkandung
keinsafan sepenuhnya tentang buruknya dosa yang diperbuat di sisi Allah
SWT.


Hati harus dipenuhi oleh perasaan sedih dan menyesal serta takut kepada
amarah Allah, keinginan kuat yang diiningi dengan meninggalkan dosa itu
ketika itu juga dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa yang akan
datang, serta berusaha terus membebaskan diri dan pengaruh-pengaruh dosa
yang lalu sedapat mungkin.


Apabila seluruh unsur-unsur itu terpenuhi, maka hal itu akan mengubah
dosanya menjadi pendekatan diri kepada Allah SWT, sakitnya akan menjadi
kelazatan, keburukannya berubah menjadi kebaikan, kegelapannya berubah
menjadi cahaya dan kebingungannya berubah menjadi hidayah.


Taubat yang sebenarnya itu mengandung tiga unsur, iaitu ilmu, prihahal
keadaan dan perbuatan. Yang dimaksud dengan ilmu ialah: bahawa taubat itu
haruslah dilakukan dengan kesedaran dan ilmu. Ertinya, harus diketahui
bahawa perbuatan yang sudah dilakukan itu adalah perbuatan dosaa. Sedangkan
ilmu yang dimaksudkan disini ialah iman yang yakin. Iman iaitu suatu
pengertian yang membenarkan bahawa dosa itu adalah suatu perkara yang dapat
merosakkan, sedangkan yakin iaitu suatu pengertian yang menguatkan
pembenaran tersebut dan yang menghilangkan keragu-raguan. Jika yakin ini
telah menguasai hati, maka akan timbullah cahaya iman.


Yang dimaksud dengan perihal keadaan ialah, sesudah hal itu diketahui,
hendaklah timbul suatu jeritan di dalam hati, iaitu perasaan menyesal.


Sedangkan yang dimaksud dengan perbuatan ialah, niat yang kuat dan
sungguh-sungguh bahawa tidak akan melakukan dosa itu kembali pada han-han
yang akan datang.


Begitu juga, apabila taubat seseorang itu ingin diterima disisi Allah, maka
seseorang itu harus memperhatikan syarat-syarat yang telah ditentukan,
diantara syarat-syarat tersebut ialah:


1. Menyesal atas segala perbuatan dosa yang pernah dilakukan.


2. Mensucikan din dan perbuatan maksiat yang sudah dilakukan. Kerana tidak
ada ertinya bertaubat jika dosa masih terus dikerjakan.


3. Bertekad dengan sungguh-sungguh bahawa tidak akan mengulanginya lagi,
selama hayat dikandung badan, sampai mengucapkan selamat tinggal pada dunia
yang fana ini.


Ketiga-tiga syarat ini, wajib dilaksanakan oleh orang yang ingin bertaubat
yang berhubungan antara dosa manusia dengan Tuhannya. Akan tetapi jika
kesalahan atau dosa yang dilakuan itu berhubung dengan sesama manusia, maka
diwajibkan untuk menyelesaikannya kepada orang yang berkenaan.


Wahai Ukhti Muslimah, setelah taubat dan dosadosa engkau lakukan, selepas
itu hendaklah sentiasa meletakkan dirimu antara takut dan harap. Berharap
dimaksudkan di sini ialah agar Allah menerima taubatmu dengan belas dan
kasih-Nya. Sedangkan yang dimaksud dengan takut ialah, takut kalau-kalau
Allah tidak menerima segala taubatmu, serta bimbang kalau-kalau kamu
melakukan taubat itu tidak dengan sempurna.


Wahai Ukhti Muslimah, bagi setiap orang yang beriman haruslah sentiasa
bertaubat kepada Allah tanpa berhenti, dan taubat itu haruslah diperbaharui
pada setiap masa dan kesempatan, sebab dosa-dosa yang kita lakukan itu
mungkin banyak sekali dosa batin, atau dosa yang tidak kita tahu atau dosa
yang kita ketahui.


Oleh kerana itu ketahuilah! Jika kita kembali kepada Allah dengan taubat
nasuha, nescaya Allah akan menerima taubat kita, dan menghapuskan segala
dosadosa yang telah kita lakukan. Sebagai bukti, perhatikanlah beberapa
contoh tentang orang-orang yang bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha
itu, sehingga mereka mendapat keuntungan diakhirat.


a. Pembunuh seratus orang.


============ ========= ======


Dan Abu Sa’id A1-Khudry, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


“Dulu, diantara orang-orang sebelum kamu ada seorang lelaki yang sudah
membunuh 99 orang lalu dia bertanya tentang penduduk burni yang paling ban
yak ibadahnya. Lalu dia ditunjukkan ten tang seorang rahib. Diapun pergi
menemui rahib itu, kemudian dia menceritakan bahawa dia telah membunuh
seban yak 99 orang, maka apakah masih ada ampunan bagi dirinya?


Rahib itu men jawab, “Tidak ada.”


Lalu orang itupun rnembunuh rahib tersebut, sehingga jumlah korban menjadi
100 orang. Kernudian dia bertanya-tanya tentang pen duduk bumi yang paling
ban yak ilmunya. Lalu ditunjukkan kepada seorang lelaki yang berilmu. Orang
itu pun berkata bahawa dia telah membunuh sebanyak 100 orang, apakah masih
ada ampunan bagi dirinya jika ia bertaubat?


Orang yang berilmu itu men jawab, “Ya. Tidak siapapun yang dapat
menghalangi antara dirimu dengan taubatmu.”


Pergilah engkau ke negeri yang jauh letakknya dan sini, kerana disana ada
orang-orang yang menyembah Allah, dan sembahlah Allah bersama mereka, dan
janganlah kembali ke negerimu. Kerana negerimu mi adalah tern pat yang
rosak.”


Orang itu pun pergi, sehingga ketika dia di dalarn perjalanan, kematian men
ghampiri dirinya. Pada waktu itu malaikat rahmat dan malaikat azab sating
berselisih pendapat tentang orang tersebut.


Malaikat rahmat berkata;


“Orang ini telah bertaubat dan menghadap kepada Allah dengan sepenuh
hatinya.”


Sedangkan malaikat azab berkata: “Sesungguhnya sekalipun dia belum pernah
mengerjakan kebaikan.”


Sedang mereka itu berselisih pendapat, tiba-tiba datang pula malaikat yang
berwujud seorang manusia mendatangi mereka dan hendak memutuskan perkara
mereka tentang orang tersebut. Maka dia berkata: “Ukurlah jarak antara dua
negeri itu. Mana jarak yang lebih dekat, maka ia akan menjadi bahagiannya.”
Maka mereka mengukurnya dan mendapatkan bahawa jarak yang paling dekat
adalah ke negeri yang hendak di tujunya. Maka malaikat rahmat yang memegang
orang tersebut.”


(Bukhari dan Muslim).


Dalam satu riwayat yang lain pula disebutkan:


“Lalu Allah menurunkan wahyu kepada negeri yang satu ini agar jaraknya
lebih jauh, dan memberikan wahyu kepada negeri yang satunya lagi supaya
jaraknya lebih dekat. Maka jarak ke negeri yang baik adalah lebih dekat dan
negeri yang ditinggalkannya kira-kira satu jengkal. Maka ia dijadikan
sebagai penduduk negeri yang baik itu.”


(HR. Muslim).


Perhatjkanlah wahai saudaraku kaum wanita! Walaupun dosanya sangat besar
dan kesalahannya menimbun, akan tetapi ketika rasa penyesalannya
betul-betul timbul dan lubuk hati yang mendalam, serta ia benar-benar ingin
bertaubat, maka Allah merahmatinya dan menjadikan dirinya termasuk golongan
orangorang yang berbahagia. Maka begitu pulalah hendaknya dirimu yang harus
betul-betul dalam bertaubat, supaya Allah benar-benar memberikan rahmat-Nya
bagi dirimu.


b. Wanita Pezina.


============ ========= ======


Dan Imram bin Khushain:


“Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita dan kauin Hujainah, yang
hamil kerana perbuatan zina. Lalu dia berkata: “Wahai Rasulullah, telah
berlalu suatu hukuinan bagiku maka laksanakanlah hukuinan itu atas diriku.”


Lalu Rasulullah memanggil seorang wall wanita itu serta berkata;
“Perlakukanlah dengan cara yang baik terhadap wanita ini, maka jika dia
telah melahirkan, bawalah dia kepadaku.” Maka wali itu melaksanakannya.
Maka setelah tiba saatnya, Rasulullah mengikat wanita itu dengan pakaiannya
kern udian rnernerintahkan kepada para sahabat supaya rnerejarnnya.
Kemudian Rasulullah men yembahyangkrrn mayatnya. Lalu lirnar berkata kepada
Rasulullah, “Mengapa engkau menyembahyangkan mayat wan ita itu wahai
Rasulullah padahal dia telah berzina?”


Maka Rasulullah menjawab; “Sesungguhnya dia telah bertaubat dengan
betul-betul taubat, yang andaikata taubatnya itu dibagi-bagikan diantara
tujuh puluh orang penduduk Madinah, tentu taubatnya itu sanggup untuk
menutupi kesalahan mereka semua. Dan apakah engkau pernah mendapatkan suatu
taubat yang lebih utama jika dibandingkan dengan wanita itu yang
menyerahkan nyawanya kepada Allah?”


(HR. Tarmizi dan Ahmad).


Perhatikanlah bagaimana balasan taubat yang sesungguh-sungguhny a. Taubat
itu menjadikan seseorang berada dalam suatu persiapan yang besar untuk
membersihkan dirinya dan kedurhakaan dan dosa.


Taubat juga merupakan suatu bentuk ubudiyah kepada Allah yang paling
disukai oleh Allah. Ianya mempunyai kedudukan yang tidak dapat disamakan
dengan yang lain kerana didalamnya terdapat sikap pasrah, menyerahkan din
dan tunduk kepada Allah. Bahkan faedah yang paling besar adalah berubahnya
keburukan yang pernah dilakukan menjadi kebaikan.


Sebagaimana firman Allah:


“Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan men gerjakan amal shaleh,
ma/ca kejaha tan mereka itu a/can diganti dengan kebaikan.”


(A1-Furqan: 70)


Ayat di atas ini merupakan khabar gembira bagi orang-orang yang benar-benar
bertaubat. Sehingga seorang tabi’in yang mulia bernama Sa’id Al-Musayyab
pernah berkata tentang ayat ini, menurutnya; “Allah menggantikan kejahatan
yang pernah mereka lakukan dengan kebaikan pada hari kiamat dan memberikan
kepada mereka kedudukan yang baik dan setiap kejahatan mereka.”

Tidak ada komentar:

Assalamualaikum. Wr.Wb.

Selamat datang di Blog aq yang baru aja dibuat, semoga bisa kasih masukan ato saran n tambahan, tentunya untuk perbaikan yang selanjutnya, thx