Jumat, September 19, 2008

Menangislah

Tangisan menurut perspektif Islam, boleh dibahagikan kepada dua jenis
iaitu tangisan yang berbentuk negatif dan tangisan yang berbentuk positif.
Tangisan yang dilarang ialah seperti meraung dan melolong dengan sekuat
hati apabila menerima atau meratapi kematian.Tangisan seperti ini bukan
sahaja dipandang negatif kepada orang yang melakukannya tetapi juga mayat
yang diratapinya itu turut terseksa kerana perbuatannya. Ini berbeza
dengan tangisan positif iaitu tangisan yang terjadi kerana cinta dan takut
kepada Allah.


Malah Nabi Muhammad pun menangis bila mengenangkan kesengsaraan dan
penderitaan yang dihadapi oleh umatnya serta tatkala baginda memohon ampun
dari Allah. Antara jenis-jenis tangisan yang dibenarkan malah digalakkan
dalam Islam ialah:Antara jenis-jenis tangisan yang dibenarkan malah
digalakkan dalam Islam ialah:


1. Ketika melahirkan rasa kesyukuran kepada AllahOrang-orang yang beriman
dan bertaqwa akan sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh
Allah kepadanya. Golongan ini sama sekali tidak pernah mengeluh malah
sentiasa reda dengan apa yang mereka terima. Maka dengan sebab itu,
orang-orang sebegini adakalanya menitiskan air mata apabila menerima
rahmat dan nikmat-nikmat tersebut.


Sebagai contoh, dalam satu riwayat oleh Anas bahawa Rasulullah berkata
kepada Ubay bin Ka’ab: “Allah menyuruh membacakan kepadamu Surah
al-Bayyinah ayat 1, “Orang-orang kafir iaitu ahli kitab dan orang-orang
musyrik (mengatakan bahawa mereka) tidak akan meninggalkan (agamanya)
sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata,” Ubay bertanya : “Apakah
Allah menyebut namaku?” “Nabi menjawab ya, lalu menangislah Ubay (kerana
mendengar berita gembira itu).


Ayat tersebut menyatakan tentang pendirian kaum Yahudi dan Nasrani
terhadap seruan Nabi Muhammad sebagai Rasul yang telah menerangkan kepada
mereka agama yang telah dibawa olehnya iaitu agama Islam. Mereka (Yahudi
dan Nasrani) kenal Nabi Muhammad yang diutus sebagai rasul kepada umat
akhir zaman, tetapi setelah baginda dibangkitkan mereka tidak percaya
malah tidak mahu beriman kepada apa yang dibawa oleh baginda.


2. Kerana menyesali perbuatan dan dosa yang dilakukanTangisan penyesalan
biasanya terjadi apabila seseorang yang telah melakukan dosa, menyedari
dan menyesali perbuatannya dengan bersungguh-sungguh. Ekoran daripada
penyesalan itu maka timbul rasa sedih yang mendalam yang akhirnya akan
menitiskan air mata. Tangisan yang sedemikian itu timbul akibat wujudnya
rasa kesedaran yang mendalam dan rasa takut yang amat sangat kepada Allah.
Keadaan sebegini akhirnya akan mendorong seseorang itu bertaubat dan
seterusnya kembali ke jalan yang benar. Hal ini dijelaskan oleh Allah
dalam ayat 82 Surah al-Taubah, “Maka hendaklah mereka sedikit tertawa dan
banyak menangis sebagai pembalasan dari apa yang mereka telah kerjakan.”


3. Apabila bertambah keimanan kepada Allah

Iman yang tertanam dalam hati akan terus subur dan mekar apabila disirami
dengan ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca dengan penuh penghayatan
sehingga boleh menyebabkan seseorang itu menitiskan air mata.Tangisan
sebegini merupakan tangisan yang tinggi nilainya kerana ia merupakan
campuran antara rasa kesedaran dan keimanan yang tidak berbelah bagi.
Justeru tanpa disedari akan bercucuran tangisan akibat rasa keimanan yang
begitu mendalam sebagaimana firman Allah dalam ayat 58, Surah Maryam; “Dan
apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Tuhan Yang Pemurah, mereka
segera sujud serta dan menangis.”


4. Timbul dari rasa khusyuk dan tawadukTangisan seperti ini boleh terjadi
apabila seseorang itu khusyuk dalam beribadat. Air mata yang menitis itu
bukan kerana perasaan sedih tetapi kerana menyedari betapa diri yang
begitu kerdil ketika berhadapan dengan pencipta-Nya. Bahkan, orang yang
mencapai tahap kekhusyukan itu termasuk salah satu dari tujuh golongan
yang memperoleh keistimewaan pada hari kiamat seperti sabda Rasulullah:
“Tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah pada hari di mana
tidak ada naungan kecuali naunganNya (iaitu) : Imam (pemimpin) yang adil,
pemuda yang dibesarkan dalam beribadat kepada Allah, orang yang hatinya
selalu rindu pada masjid, dua orang yang berkasih sayang semata-mata
kerana Allah iaitu bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah, seorang
lelaki yang diajak berzina oleh wanita bangsawan dan rupawan lalu
ditolaknya dengan berkata, “Aku takut kepada Allah”, seorang yang
bersedekah dalam keadaan rahsia sehingga tangan kirinya tidak mengetahui
apa yang dilakukan oleh tangan kanannya dan seseorang yang berzikir kepada
Allah dalam keadaan menyendiri lalu menitis air matanya.” (Riwayat Bukhari
dan Muslim)


5. Bimbang terputusnya rahmat Allah

Suatu hal yang menyedihkan hati dan amat dibimbangi oleh orang-orang yang
beriman ialah terputusnya kebajikan dan rahmat Allah. Apabila keadaan ini
berlaku, ia boleh mengubah suasana hati dan perasaan sehingga menjadi
sedih dan terharu. Sebagai contoh, pada suatu hari sesudah Rasulullah
wafat, Saidina Abu Bakar mengajak Saidina Umar ke rumah Ummu Aiman seperti
mana Rasulullah semasa hayatnya sering menziarahinya. Sebaik sampai di
rumah Ummu Aiman, tiba-tiba Ummu Aiman menangis. Kedua-dua tetamunya itu
lantas bertanya, “Apakah yang menyebabkan kamu menangis? Tidakkah engkau
tahu bahawa yang tersedia di sisi Allah untuk Rasulullah jauh lebih baik?”
Ummu Aiman menjawab, “Aku tidak menangis kerana itu melainkan kerana wahyu
dari langit telah terputus (terhenti).” Kata-kata Ummu Aiman itu ternyata
mengharukan Abu Bakar dan Umar, lalu kedua-duanya turut menangis.


6. Apabila terselamat dari kesesatan dan menemui kebenaranAdakalanya air
mata seseorang itu akan menitis apabila ditunjukkan oleh Allah jalan yang
benar setelah sekian lama hanyut dalam kelalaian atau kesesatan. Bagi yang
berada dalam situasi sedemikian, akan terus menangis dan tangisannya bukan
kerana merasa sedih tetapi kerana terlalu gembira dengan hidayah yang
diterima itu.


Hal ini pernah terjadi kepada segolongan pendeta apabila mengetahui
al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah merupakan kebenaran dari Allah
seperti firman-Nya: “Dan apabila mereka itu (segolongan pendeta) mendengar
apa-apa yang diturunkan kepada Rasul, engkau akan melihat mereka akan
menitiskan air matanya, lantaran mengetahui kebenaran (seraya) mereka
berkata; “Hai Tuhan kami! Kami telah beriman. Oleh kerana itu, catatlah
kami dalam golongan orang-orang yang menyaksikan.


Dan tidak patut kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang
datang kepada kami, pada hal kami ingin supaya Tuhan memasukkan kami
bersama kaum yang soleh.” (Surah al-Maidah:83- 84) Daripada maksud firman
Allah tersebut, jelaslah bahawa tangisan yang positif mempunyai keutamaan
di sisi Islam sehingga tangisan seumpama itu boleh mendatangkan manfaat
yang besar.


Ini kerana, orang yang menitiskan air mata kerana Allah sebenarnya
merupakan orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yang
ditunjukkan oleh Rasulullah dalam satu riwayat dari Abu Daud dan Tirmizi
bermaksud: “Kami datang kepada Rasulullah sedang baginda menunaikan solat.
Maka terdengar nafas tangisnya bagaikan suara air mendidih dalam bejana.”
Tags: sharing25
Prev: Keistimewaan Saiyyidatina Khadijah. Isteri mithali - Just to share..

Tidak ada komentar:

Assalamualaikum. Wr.Wb.

Selamat datang di Blog aq yang baru aja dibuat, semoga bisa kasih masukan ato saran n tambahan, tentunya untuk perbaikan yang selanjutnya, thx